Diberi nama Kepler -22b,planet yang terletak di luar sistem suria bumi ini berada di dalam zon "boleh dihuni."
Ia mempunyai suhu selesa yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk seakan musim bunga iaitu 22 darjah Celcius. Bahkan keadaan giofizikalnya yang mempunyai air dan tanah melengkapkan lagi potensi terbaik planet tersebut untuk menampung kehidupan.
Dengan saiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi,planet itu ditemui melalui teleskop Kepler milik NASAyang dilancarkan pada 2009 untuk mencari planet-planet baharu.
"Penemuan Kepler -22b adalah satu sejarah baru bagi manusia"
"Sebelum ini pakar astronomi pernah menjumpai dua buah planet di dalam zon yang sama tetapi ia tidak mampu menampung kehidupan" ujar Profesor Astronomi di Universiti California, Berkeley, Amerik Syarikat (AS), Geoff Marcy..
Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler -22b yang jaraknya dikatakan 15% lebih dekat berbanding bintang (seakan matahari) berbanding dengan bumi.Kepler -22b turut mengelilingi 'bintang'(matahari) itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.
"Oktober lalu, NASA mendedahkan sebuah kapal angkasa miliknya telah menjumpai tiga planet luar biasa yang mengandungi satu planet Super Bumi dan dua planet bersaiz Neptun mengorbit bintang seakan matahari kita. Teleskop Angkasa Kepler menemui tiga planet di sekitar bintang Kepler -18, yang 10% lebih besar daripada matahari kita dan mengandungi 97 % jisim matahari," ujar Bill Cochran, ketua pengkaji di Universiti Texas.
Kesemua tiga planet yang diberikan nama Kepler -18b, Kepler -18c dan Kepler -18d itu mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya berbanding Utarid mengelilingi matahari.
Bagaimanapun planet Kepler -18b mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya iaitu mengambil masa hanya 3.5 hari untuk melengkapkan melengkapkan putarannya."Planet yang mempunyai jisim kira2 enam kali jisim bumi dan dua kali saiz planet kita menjadikan Kepler -18b sebagai Super Bumi."
Kepler -18c pula mengambil masa 7.6 hari untuk mengorbit bintang induknya dan 5.5 kali lebih besar daripada bumi, dan mempunyai jisim yang hampir sama dengan 17 buah bumi.
Kepler -18d mengambil masa 14.9 hari untuk mengorbit dan kira-kira 7 kali lebih besar daripada bumi dengan jisim 16 kali jisim bumi.
Berdasarkan anggaran ini, planet c dan d adalah layak sebagai dunia "Kelas Neptun" berketumpatan rendah..
Sehingga kini, Kepler telah menemui 1,235 'calon' planet yang sedang menunggu pengesahan melalui pemerhatian susulan.Daripada jumlah itu, 54 planet dikenal pasti berada dalam zon Goldilocks.
Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk kehidupan.
"Satu daripada empat bintang yang serupa dengan matahari dalam galaksi Bima Sakti didapati menempatkan banyak planet bersaiz bumi sekaligus mencadangkan bahawa sistem yang menampung kehidupan seperti di bumi mungkin lebih banyak terdapat berbanding jangkaan sebelum ini " ujar Borucki.
Dia turut memberitahu, pasukan penyelidikannya mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami.Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti.Namun, pada tahun lepas Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.
Saintis Kepler, Natalie Batalha berkata, jumlah tersebut melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi. "Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakan terdapat hidupan lain di dalam semesta dan jawapannya tidak diketahui.Walaupun jarak Kepler -22b itu jauhnya 600 tahun atau 5,760 trilion kilometer dari bumi keadaan itu bukan halangan untuk para saintis angkasa lepas mengkaji tentangnya," kata Natalie.