Walaupun telah banyak ekspidisi ke bulan dijalankan dan setiap malam mungkin terdapat ribuan atau mungkin jutaan teleskop yang mencerap bulan untuk menemui jawapan tentang rahsia bulan,hingga ke saat ini, tidak banyak yang dapat dirungkai.
Ironinya, di sebalik persoalan yang tidak terjawab, terdapat penemuan aneh di bulan sekaligus menambah tanda tanya tentang teori kehidupan di bulan.
Dalam pencarian jejak kehidupan di luar bumi, selain planet, bulan antara yang kerap dikaji.
Bahagian bulan yang menghadap bumi sebenarnya tidak pernah berubah dan selama ini kita hanyalah melihat wajah bulan tidak seluruh bulan.
Ada saintis berpendapat, sisi gelap bulan yang tidak kelihatan tidak pernah dipertontonkan sedangkan ada pihak yang mengatakan pada sisi gelap bulan itulah berkembang satu tamadun kehidupan.
Dunia ufologi yang mengkaji tentang objek terbang tidak dikenali (UFO) mengatakan ada sebuah pengkalan makhluk asing di bulan yang sangat misteri lokasinya.
Disebut sebagai Luna, makhluk di situ dikatakan tidak menyukai kedatangan manusia ke sana sejak misi Apollo pertama yang, mendarat di bulan iaitu Apollo 11.
Disebabkan itu, sering muncul objek terbang misteri yang selalu mengikuti dan menghalang laluan kapal angkasa lepas seperti tujuh misi Apollo dan beberapa misi Gemini ke bulan.
Perkara ini pernah dilaporkan oleh ahli astronomi dari AS dan Perancislama sebelum misi Apollo dilaksanakan sepanjang 1920 hingga 1930-an.
Antara yang sering ditemui ialah kemunculan sekumpulan objek terbang yang bersinar dan bergerak merentasi bulan. Seorang ahli kaji bintang, John O'Neill pada 29 Julai 1953 mendakwa menyaksikan 'jambatan' sepanjang 19 kilometer di bahagian Mare Crisium bulan.Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, jambatan tersebut telah hilang.
Dakwaan O'Neill itu dicemuh oleh ramai ahli astronomi namun,selepas astronomi H.P. Walkins, anggota Pertubuhan Astronomi British, Patrick Moore turut mendakwa mereka melihat jambatan di bulan yang menghubungkan satu gunung dengan gunung yang lainnya di dataran Mare Crisium, penemuan tersebut dianggap ajaib yang perlu dikaji.
Penemuan Luna itu dijelmakan dalam filem Avatar arahan James Cameron sebagai makhluk biru yang mendiami Pandora iaitu sejenis bulan. Namun sehingga kin, tiada jawapan kepada misteri jambatan mahupun kehidupan di bulan...
HOPE U ALL ENJOY!! +_+
ReplyDelete